Tuesday, 18 September 2012

Disappointed ♥

    Cinta kurniaan Ilahi , tetapi mengapa mesti dibenci ? Apa yang harus dibenci serta dihindari adalah kepalsuan cinta . Cerita sedih cinta adalah kenangan masa lalu . Mereka yang kecewa bercinta perlu mencari satu dimensi kehidupan baru . Membezakan antara masa sekarang dan masu lalu amat penting . Keadaan itu dapat memberi peluang dan ruang untuk bergerak ke hadapan , tidak hidup dalam dunia semalam .
   Kadang-2 kita kena belajar untuk membuka diri dan runtuhkan dinding ketakutan bercinta . Perasaan takut disebabkan kita membina dinding untuk jatuh cinta lagi . hemm . Manusia merasa kesepian dari cinta pun kerana mereka hanya membangunkan dinding bukannya jambatan kasih sayang !
   Bercinta adalah satu risiko . Ambil risiko dan jangan takut untuk jatuh cinta lagi . Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai . Itu adalah keistimewaan kehidupan . Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk merapati kegagalannya , tetapi dengan lapang hati mencari jalan untuk memulihkan kembali kerugian dialami .
   Binalah kepercayaan bahawa kita adalah insan yang bernilai dan berhak untuk menyayangi serta disayangi . Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat . Apabila percintaan tidak berkekalan , mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat . Kita harus mengerti dan berterima kaseh atas kurniaan itu .
   Bila kita dikecewakan atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu , tapi pernahkan kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah . Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita . Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama , tidak terkecuali CINTA . Jadi terimalah realiti , dimana ada cinta disitu pasti akan ada PERPISAHAN , cuma masanya sekarang atau kemudian sahaja .

" Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari . Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti . Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita "



No comments:

Post a Comment

 
Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Faza | edit by : Laila