Friday 2 May 2014

Berusaha ♥

Mungkin ada yang kata ia satu impian, atau satu kisah drama sahaja. Apabila kita ada menyukai seseorang, namun malu untuk memberitahunya, kerana ingin menanti waktu sesuai untuk meluahkannya, dia mampu mendorong kita menjadi lebih baik. Tidak salah jika ada orang yang disukai, dan menjadikannya sebagai pendorong semangat untuk kita berusaha menjadi supaya lebih baik dari sebelum ini. Dengan harapan pada suatu hari nanti kita akan memiliki dirinya. Berdoalah dan berserah jodoh kepada Allah. Berusahalah menjadi insan yang mulia. Andai kata tiada jodoh antara kita dan dia, REDHA sahaja untuk menerimanya. Jangan sesekali kata segala usaha yang kita lakukan menjadi lebih baik sebelum ini adalah sia-sia, meskipun kita tidak memiliki dirinya tetapi Allah memandang usaha yang kita lakukan. Berniatlah kerana Allah, In shaa Allah, Allah akan tentukan yang terbaik untuk kita (c/p:Blogger Dakwah)
    Faza berusaha untuk menjadi yang terbaik, dan berusaha untuk menjadi baik. Perubahan faza nie atas niat diri faza sendiri. Mungkin perlunya kita berjauhan untuk kita lebih mengenali diri kita sendiri, dan mungkin juga kita perlu berjauhan untuk kita fahami hati kita. Faza tahu faza banyak silapnya, faza tahu faza banyak kekurangannya. Dan faza susah nak berasa layaknya diri faza untuk seseorang. Jahilnya diri ini, hinanya diri ini, faza cuba untuk perbaiki. Faza tak menjanjikan apa apa cuma faza harap dengan jauhnya diri kita nie, membuatkan diri kita meraih cinta Allah dahulu, dan in shaa Allah andai tercatat jodoh kita, pasti Allah akan ketemukan kita semula.

    Dan faza akan buktikan pada keluarga faza, faza mampu menjadi anak yang menjadi kebanggaan pada diri mereka. Bukan hanya faza sahaja, pada kita, awak dan saya menjadi kebanggaan pada keluarga yang kita anak yang  baik. Faza tahu bukan senang, tapi benda akan senang bila kita berusaha, berusaha atas usaha sendiri dan bukannya orang lain. Semoga apa yang kita harapkan tercapai. Dan tak mungkin begitu mudah untuk faza lupakan apa yang kita usahakan selama ni :'(

"i still love you, sorry if this is not perfect themselves to you, still a lot more I need to learn in this life, While many criticize me about yourself, I remain ignorant in the human eye"


 
Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Faza | edit by : Laila